Tajaan Showcase Impian Kasih, Inteam

MASJID AL-HASSAN
Kampung Berhala Gantang
28000, Temerloh Pahang.
6019857702

Tarikh: 12 Julai 2025

Kepada:
Pengurus Besar

Tuan/Puan,

PERMOHONAN PENAJAAN BAGI SHOWCASE IMPIAN KASIH, INTEAM 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami, Masjid Al-Hassan, Kampung Berhala Gantang, akan menganjurkan satu program berbentuk hiburan dakwah dan kemasyarakatan iaitu Showcase Impian Kasih, Inteam, yang dijadualkan berlangsung pada:

Tarikh: 29 Ogos 2025
Tempat: Dewan Grand Astana 2, Temerloh
Masa: 8.30malam - 10.30malam

2. Program ini bertujuan untuk mengumpulkan dana pembinaan untuk menyiapkan Masjid Al-Hassan yang baharu selain menyampaikan mesej kasih sayang dan kemanusiaan melalui hiburan berunsur positif yang diketengahkan oleh kumpulan nasyid terkenal, Inteam.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon sumbangan penajaan kewangan sebanyak RM500.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Sahaja) daripada pihak Tuan/Puan bagi menampung kos penganjuran program ini.

4. Sebagai penghargaan atas sumbangan pihak Tuan/Puan, logo rasmi syarikat akan dipaparkan pada semua bahan promosi rasmi seperti:

Banner
T-Shirt rasmi kru & petugas
Poster dalam borang tempahan tiket digital & poster fizikal
Selain itu, logo syarikat penyumbang juga akan turut dipaparkan di backdrop digital pentas Inteam.

*Sila rujuk lampiran berbentuk mockup yang kami sertakan.


5. Pihak penaja juga akan diberikan sekeping tiket (Golden Ticket) secara PERCUMA.

Diharapkan sumbangan ini dapat menyokong usaha kami dalam menjayakan program yang berimpak tinggi ini. Bersama-sama surat ini dilampirkan profil ringkas program dan maklumat penajaan.

Kerjasama dan sokongan pihak Tuan/Puan amat kami hargai dan dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,




Muhammad Hirman bin Abd Khairi
Penyelaras Program
Showcase Impian Kasih, Inteam
Telefon: 60199857702
Emel: hirmankhairi@gmail.com


Penaja harus menjelaskan bayaran tajaan SEBELUM 20 JULAI 2025 & MENGHANTAR LOGO SYARIKAT ke whatsapp no:

60199857702 @ 601161032003 untuk dimasukkan ke dalam bahan promosi. 





Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Tajaan Showcase Impian Kasih
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN


PENGESAHAN